Posts

Showing posts from June, 2023

The cruise might got chilly!

The cruise might got chilly.  Baru dapat reminder daripada organizer. Cuaca dan suhu di Alaska agak sejuk. Bagi yang belum mengambil jaket sejuk 2-in-1 yang dihadiahkan dari Amway, boleh pergi ambil. Amway bagi macam-macam untuk kemudahan pengedarnya yang akan ke ALS kali ini. Dengar cerita ALS 1 dah pun balik sampai di KLIA. Seronok dengar cerita mereka. Yang penting adalah tips yang diberikan. Sangat bermanafaat untuk first timer cruise macam saya. Nak dijangka jenis pakaian yang sesuai untuk dipakai bila tu penting sangat-sangat. Sebabnya capacity untuk luggage sangat terhad. Tambah lagi nak simpan ruang untuk shopping di sana nanti. Masih ada tiga hari lagi sebelum bertolak. Mungkin ada lagi tips yang lain akan dikongsi. Masing-masing yang baru balik sibuk lepas rindu masakan Malaysia - nasi lemak dan roti canai - memang tak lepas.  Hmm… berapa bungkus mee maggi cup yang aku nak bawa?

Wajah-wajah keriangan

     Wave 1 trip sudah pun berada di atas Cruise. Mereka sudahpun bertolak dari KLIA pada 1 Mei 2023 yang lepas. Sempat saya melayan sharing diantara mereka di paparan social media mereka - FB, IG dan TikTok. Ternampak jelas excitement masing-masing.      Tidak perlu nak bercerita apa yang Amway persiapkan untuk VVIP tour mereka ini. Cukup saya lihat wajah-wajah keceriaan mereka untuk memulakan perjalanan. Saya tahu apa perasaan mereka. Ini kerana saya juga melalui dan merasai apa yang mereka semua rasai. Perjalanan untuk trip sebenarnya hanyalah manifestasi sebuah perjalanan yang berliku dan penuh dengan cabaran. Mereka yang sampai ketahap ini seolah-olah sudah sampai ke base camp untuk berehat seketika sebelum menyambung perjalanan seterusnya. Perjalan mencapai impian yang lebih besar dan lebih hebat.     Membaca cerita dan komen mereka yang positif, memberi vibe yang positif kepada kami. Walaupun muka penat dengan perjalanan hampir 20 jam denga...