Wajah-wajah keriangan

    Wave 1 trip sudah pun berada di atas Cruise. Mereka sudahpun bertolak dari KLIA pada 1 Mei 2023 yang lepas. Sempat saya melayan sharing diantara mereka di paparan social media mereka - FB, IG dan TikTok. Ternampak jelas excitement masing-masing.

    Tidak perlu nak bercerita apa yang Amway persiapkan untuk VVIP tour mereka ini. Cukup saya lihat wajah-wajah keceriaan mereka untuk memulakan perjalanan. Saya tahu apa perasaan mereka. Ini kerana saya juga melalui dan merasai apa yang mereka semua rasai. Perjalanan untuk trip sebenarnya hanyalah manifestasi sebuah perjalanan yang berliku dan penuh dengan cabaran. Mereka yang sampai ketahap ini seolah-olah sudah sampai ke base camp untuk berehat seketika sebelum menyambung perjalanan seterusnya. Perjalan mencapai impian yang lebih besar dan lebih hebat.

    Membaca cerita dan komen mereka yang positif, memberi vibe yang positif kepada kami. Walaupun muka penat dengan perjalanan hampir 20 jam dengan flight, tetapi kita tahu mereka tetap ceria dihati. Setiba di Seattle, mereka check in di hotel dan sudah tentu dijamu hebat oleh Amway. Tidak sabar untuk onboarding pada keesokannya.

Rama juga yang share gambar dan suasana onboarding mereka. Bermacam-macam cerita menarik.




Comments

Popular posts from this blog

PY2024 … jom kita ke Osaka, Jepun.

Perjalanan bermula

Counting down…. You're officially checked in