6 Jan - perlu diperbaiki lagi
Sudah masuk hari ke-6 tahun 2024. Aku masih struggle untuk update blog ini secara harian. Aku paksa diri ini untuk lebih konsisten dalam menulis di sini. Minta maaf kalau ada yang membaca blog ini dan tidak ada manafaat yang boleh didapati. Aku menulis untuk diri aku sendiri. Blog ini hanyalah platform untuk aku membiasakan diri dengan menulis.
Cabaran besar aku untuk menulis adalah aku tidak tahu apa yang nak ditulis. Sebelum menulis rasanya banyak perkara yang nak ditulis. Tiba-tiba bila berada dengan keyboard dan ipad, hilang semuanya. Jadi aku tulis jugalah untuk memenuhi quota penulisan aku.
Apa yang aku nak improve atau perbaiki bagi diri aku ada self-discipline. Seperti menulis ini, kalau aku tidak paksa untuk menulis ini, aku tidak akan menulis. Betullah orang cakap, disiplin ini adalah kita lakukan sesuatu perkara itu, bagi mencapai sesuatu tujuan atau hajat, atau impian, walaupun tidak suka, tidak seronok, namun tetap lakukan juga. Lakukan perkara tersebut sehingga ianya menjadi habit yang kekal ataupun sehingga tercapai apa yang diimpikan dengan melakukan perkara tersebut.
Apa yang aku dapat dengan menulis ini? Menjadikannya sebuah buku, setakat ini bukan dari tulisan ini. Namun skill menulis ini aku harap dapat membantu aku dalam menjadikan aku lebih terurus dan teratur cara berfikir, seterusnya lebih terfokus dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
Apa yang aku cakap ini aku pun tak pasti. Tapi aku yakin, dengan menulis akan membantu aku untuk berfikir secara lebih teratur dan seterusnya membantu aku berkomunikasi samada secara lisan ataupun dalam apa-apa platform dengan lebih efektif.
Oh ya… skill komunikasi aku perlu dipertingkatkan. Ini sebabnya aku perlukan blog ini sebagai writer’s punching bag.
Comments
Post a Comment