Panas pulak!

Masa bergerak pantas. Kumpulan pertama akan mula bertolak besok dari KLIA. Mahupun begitu, pemimpin Diamond dan ke atas, ada yang sudahpun bertolak hari ini. Tarikh penerbangan aku adalah 14 Jun 2023. Lagi dua minggu.

Sementara itu, Amway sudahpun memanggil aku untuk mengambil pakaian sejuk. Nasib baik dengan Amway. Semuanya percuma. Baju sejuk ini pun percuma. Memang special kerana ianya dua dalam satu - winter coat dan juga windbreaker sekali gus. Jadi dua hari lepas aku ke Amway HQ untuk mengambilnya. Aku rasa semua orang lain dah ambil mereka punya. Siapa tak excited nak cuba jaket sejuk ini.

Memang betullah. Bila aku cuba memakainya, dah terbayang suasana sejuk di Alaska tu nanti. Apabila sampai di sana nanti, sudahpun musim panas. Tapi musim panas di Alaska sudah pasti masih sejuk untuk aku orang Malaya ni. Tambah lagi dah lama sangat tinggal bumi mat salleh ni. Sudah lebih 30 lepas aku dah tinggalkan negara mat salleh selepas habis belajar.

Zie sungguh excited dan aku tumpang sekali. Sebelum ini aku tidak berpeluang untuk membawanya melancung ke negeri sejuk seumpama ini. Alhamdulillah, Amway penuhi impian kami berdua untuk melancung bersama dengan Alaska Cruise. Sudah tentu banyak aktiviti menarik yang menunggu kami di sana.

Lagi dua minggu sebelum bertolak, persiapan pakaian masih belum siap sepenuh lagi. Zie masih belum habis shopping pakaian semasa disana. Tambah pula ada personal advisor celik, Aisyah, tak habis-habis bagi cadangan baju yang sesuai. Dah banyak yang dia dah study, terutamanya untuk pakaian travelling di negara sejuk. Macam-macam foto dari Google yang di share dengan mamanya. Aisyah yang paling excited semasa shopping ini. Aisyah memang terbaik!



    










Comments

Popular posts from this blog

PY2024 … jom kita ke Osaka, Jepun.

Perjalanan bermula

Counting down…. You're officially checked in