Posts

6 Jan - perlu diperbaiki lagi

Sudah masuk hari ke-6 tahun 2024. Aku masih struggle untuk update blog ini secara harian. Aku paksa diri ini untuk lebih konsisten dalam menulis di sini. Minta maaf kalau ada yang membaca blog ini dan tidak ada manafaat yang boleh didapati. Aku menulis untuk diri aku sendiri. Blog ini hanyalah platform untuk aku membiasakan diri dengan menulis. Cabaran besar aku untuk menulis adalah aku tidak tahu apa yang nak ditulis. Sebelum menulis rasanya banyak perkara yang nak ditulis. Tiba-tiba bila berada dengan keyboard dan ipad, hilang semuanya. Jadi aku tulis jugalah untuk memenuhi quota penulisan aku. Apa yang aku nak improve atau perbaiki bagi diri aku ada self-discipline. Seperti menulis ini, kalau aku tidak paksa untuk menulis ini, aku tidak akan menulis. Betullah orang cakap, disiplin ini adalah kita lakukan sesuatu perkara itu, bagi mencapai sesuatu tujuan atau hajat, atau impian, walaupun tidak suka, tidak seronok, namun tetap lakukan juga. Lakukan perkara tersebut sehingga ianya menj

PY2024 … jom kita ke Osaka, Jepun.

Begitu cepat masa berlalu. 2 bulan sudah aku dan Zie bersama team Amway ke Alaska Cruise. Satu pengalaman yang begitu mengkagumkan. Amway begitu menghargai ABOnya dengan layanan yang begitu istimewa dari seawal proses menerima surat jemputan, proses mendapat visa seterusnya di atas cruise, sehingga balik ke Malaysia. Untuk yang pertama kali melancong bersama Amway, ianya begitu istimewa. Untuk dimasa-masa yang akan datang, memang rugi sangat jika tidak ambil peluang untuk melancong lagi bersama Amway. Untuk Performance Year 2024, Amway sudah umumkan, kita akan ke Osaka, Jepun pula. Bandar Osaka, adalah antara bandar pelancongan yang menarik dan tidak kurang tinggi kos untuk berada disana. Dengan melancong exclusive Amway ini, aku tidak mahu ketinggalan.  Financial year Amway bermula September setiap tahun. Permulaan perkiraan point bagi ALS, iaitu point value  untuk melayakkan menyertai trip melancong ini, akan bermula dari bulan September. Oleh itu, dari segi perkiraan, semua orang ad

The cruise might got chilly!

The cruise might got chilly.  Baru dapat reminder daripada organizer. Cuaca dan suhu di Alaska agak sejuk. Bagi yang belum mengambil jaket sejuk 2-in-1 yang dihadiahkan dari Amway, boleh pergi ambil. Amway bagi macam-macam untuk kemudahan pengedarnya yang akan ke ALS kali ini. Dengar cerita ALS 1 dah pun balik sampai di KLIA. Seronok dengar cerita mereka. Yang penting adalah tips yang diberikan. Sangat bermanafaat untuk first timer cruise macam saya. Nak dijangka jenis pakaian yang sesuai untuk dipakai bila tu penting sangat-sangat. Sebabnya capacity untuk luggage sangat terhad. Tambah lagi nak simpan ruang untuk shopping di sana nanti. Masih ada tiga hari lagi sebelum bertolak. Mungkin ada lagi tips yang lain akan dikongsi. Masing-masing yang baru balik sibuk lepas rindu masakan Malaysia - nasi lemak dan roti canai - memang tak lepas.  Hmm… berapa bungkus mee maggi cup yang aku nak bawa?

Wajah-wajah keriangan

     Wave 1 trip sudah pun berada di atas Cruise. Mereka sudahpun bertolak dari KLIA pada 1 Mei 2023 yang lepas. Sempat saya melayan sharing diantara mereka di paparan social media mereka - FB, IG dan TikTok. Ternampak jelas excitement masing-masing.      Tidak perlu nak bercerita apa yang Amway persiapkan untuk VVIP tour mereka ini. Cukup saya lihat wajah-wajah keceriaan mereka untuk memulakan perjalanan. Saya tahu apa perasaan mereka. Ini kerana saya juga melalui dan merasai apa yang mereka semua rasai. Perjalanan untuk trip sebenarnya hanyalah manifestasi sebuah perjalanan yang berliku dan penuh dengan cabaran. Mereka yang sampai ketahap ini seolah-olah sudah sampai ke base camp untuk berehat seketika sebelum menyambung perjalanan seterusnya. Perjalan mencapai impian yang lebih besar dan lebih hebat.     Membaca cerita dan komen mereka yang positif, memberi vibe yang positif kepada kami. Walaupun muka penat dengan perjalanan hampir 20 jam dengan flight, tetapi kita tahu mereka tetap

Panas pulak!

Image
Masa bergerak pantas. Kumpulan pertama akan mula bertolak besok dari KLIA. Mahupun begitu, pemimpin Diamond dan ke atas, ada yang sudahpun bertolak hari ini. Tarikh penerbangan aku adalah 14 Jun 2023. Lagi dua minggu. Sementara itu, Amway sudahpun memanggil aku untuk mengambil pakaian sejuk. Nasib baik dengan Amway. Semuanya percuma. Baju sejuk ini pun percuma. Memang special kerana ianya dua dalam satu - winter coat dan juga windbreaker sekali gus. Jadi dua hari lepas aku ke Amway HQ untuk mengambilnya. Aku rasa semua orang lain dah ambil mereka punya. Siapa tak excited nak cuba jaket sejuk ini. Memang betullah. Bila aku cuba memakainya, dah terbayang suasana sejuk di Alaska tu nanti. Apabila sampai di sana nanti, sudahpun musim panas. Tapi musim panas di Alaska sudah pasti masih sejuk untuk aku orang Malaya ni. Tambah lagi dah lama sangat tinggal bumi mat salleh ni. Sudah lebih 30 lepas aku dah tinggalkan negara mat salleh selepas habis belajar. Zie sungguh excited dan aku tumpang se

Counting down…. You're officially checked in

Image
Dah terima pun confirmation checked in dari pihak Royal Carribean. Simple saja proses. Semuanya dihujung jari. Yang penting cukup syarat dan semua dokumen perjalanan dah ready! Apa nak dibuat atas kapal Cruise tu nanti ya? Masa excursion? Lain masa kita sembang tentang excursion atau tempat persinggahan yang kita akan pergi. Kalau tak rancang betul-betul nanti miss pulak aktiviti menarik. Dah tentu banyak aktiviti menarik. Aku kena susun betul-betul sebelum belayar. Nak kena study habis-habis dulu ni. Terima kasih Amway

Perjalanan bermula

Image
Bila Amway menjemput untuk sessi briefing pada bulan lepas, baru aku terasa angin Alaska Cruise sudah hampir. Sebelum ini rasa seperti bukan "real", macam tak percaya. Passport dan visa semua sudah siap, namun hati ini masih belum dengan Cruise. Lagi 24 hari untuk bertolak. Persiapan semakin rancak. Tambah lagi bila melihat rakan seperjuangan Amway yang akan bertolak dalam Wave 1 sudah pun hampir sedia untuk belayar. Aku berdebar. Checklist dalam kepala saja... tak boleh jadi. Kena serious. Nanti ada pulak yang missing dan tak kena. Tambah pula ini kali pertama untuk aku bersama ALS VVIP tour Amway. Zie, isteri tersayang, yang paling excited. Highly melancholic - detail person. Nasib baik juga ada orang "melancholic" yang boleh guide apa nak buat. Kalau tidak hanyut aku. Mentor EMD Syed & Shima tak lekang remind untuk siapkan check-in. Alhamdulillah baru sekejap dah siap. Cerewet juga prosesnya. Langkah pertama - senarai tugasan sehingga hari berlepas - hampir s